top of page

Info Takaful

5 sebab mengapa perancangan kewangan dan perlindungan buat keluarga adalah penting

Sebaik sahaja anda berkahwin, pelan jangka panjang buat keluarga sudah semestinya perlu dibuat dengan teliti. Pada peringkat permulaan, ianya hanya melibatkan anda dan pasangan, namun lama-kelamaan, pastinya bilangan ahli keluarga juga bertambah. Ini bermakna komitmen kewangan anda juga akan meningkat.

Apa itu Hibah?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam.

White Building

Apa yang anda perlu tahu tentang Medical Card

Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans anda. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga didapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.

Notebook and Pen

Kelebihan melabur dengan Takaful

Sebab utama dan yang paling asas untuk membuat sesuatu pelaburan adalah untuk menjana lebih banyak wang. Tidak dinafikan setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Secara umumnya, semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang perlu ditanggung. Maka, kemungkinan untuk memperolehi keuntungan yang tinggi adalah sama dengan kemungkinan untuk kehilangan semua wang yang telah anda laburkan. Tetapi sebelum anda mengetepikan niat untuk melabur, terdapat pelbagai pilihan pelaburan dengan risiko yang kurang membahayakan kewangan anda.

Businesswomen Walking in Hallway

Cara untuk wariskan hibah 

Konflik sering terjadi walau dimana sahaja. Paling menyedihkan apabila pertelingkahan yang terjadi adalah disebabkan pembahagian harta peninggalan sesama keluarga. Sebut sahaja hal berkaitan wang semestinya ia dianggap sensitif.

​

Namun perkara ini dapat dielakkan sekiranya ketua keluarga bersiap sedia menyediakan hibah kepada orang yang tersayang. Oleh itu sebaiknya perlulah kita fahami bab pengurusan dan pembahagian wang seawal yang mungkin. Ini adalah untuk menjamin kehidupan anak anak dan isteri selepas kematian suami nanti.

Wooden Furnitures

Tips untuk membeli perlindungan Takaful dengan bajet

Pembiayaan terhadap perlindungan Takaful haruslah dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititik beratkan. Malah, sekiranya anda mempunyai orang lain yang bergantung kepada anda, anda perlu mengutamakan perlindungan Takaful sebelum berfikir untuk menambahkan pendapatan anda.

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Takaful Seawal Mungkin

Sebaik sahaja anada mendapat gaji, adalah sebaiknya ia digunakan kepada perkara yang dapat memberi manfaat pada diri anda.

​

Bayaran polisi adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing, tetapkan bajet sendiri dan jangan ikut cakap ejen sangat.

​

Ejen hanya memberi nasihat tetapi yang membuat keputusan dan membuat bayaran adalah diri kita sendiri. Polisi boleh di’upgrade’ dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

White Objects

Kenapa perlu sediakan medical card

Istilah takaful perubatan atau kad perubatan semakin kerap kedengaran terutama di laman web dan di media sosial. Terima kasih ke atas iklan oleh pengendali-pengendali takaful serta promosi ejen-ejen takaful yang tidak putus-putus. Mungkin sudah jemu kita melihatnya, tetapi ia tidak bererti ianya sesuatu yang harus kita abaikan.

​

Namun tetapi, pada hakikatnya masih ramai yang tidak mengambil endah tentang perlindungan takaful perubatan mahupun kepentingannya. Perlu kami ketengahkan di sini beberapa sebab mengapa takaful perubatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua individu.

Heart Shape

Beza Takaful dan Insurans 

Takaful adalah satu istilah bahasa arab yang bermaksud “saling tolong menolong”. Jelasnya setiap ahli yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila ditimpa musibah atau dengan kata lain akan mendapat pampasan dalam bentuk kewangan ataupun pembiayaan kos perubatan. 

 

Sekali imbas takaful dan insuran biasa (konvensional) tiada perbezaan. Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. 

Grey Theme Objects

Penghibahan rumah 

Memandangkan rumah merupakan antara aset terpenting seseorang individu, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain.

Home Windows
Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page