top of page

CARA UNTUK WARISKAN HIBAH

Cara untuk suami tinggalkan harta peninggalan kepada isteri

​

Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan. Harta yang boleh dihibahkan terbahagi kepada dua iaitu harta alih seperti wang tunai  dan barang kemas manakala harta tak alih pula ialah termasuk rumah, tanah dan seumpamanya. Seterusnya, terdapat tiga jenis hibah yang ada iaitu hibah mutlak, hibah amanah dan hibah bersyarat.

​

Hibah mutlak

Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah. Contohnya, bapa hibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik kepada nama anak.

​

Hibah amanah

Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum atau tidak berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut.Contohnya, penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18tahun.

​

Hibah bersyarat

Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah. Contohnya pemberi hibah masih ingin duduki harta tersebut sehingga ia meninggal dunia. Oleh itu suami sebagai ketua keluarga perlulah menyediakan hibah sebelum meninggal dunia bagi memudahkan urusan ahli keluarganya nanti. Disebabkan isu tidak menetapkan harta peninggalan sepatutnya maka berlakulah konflik diantara keluarga lain bagi menuntut hak masing-masing sehingga putusnya silaturahim yang terjalin. 

​

Siapa yang wajib untuk sediakan hibah?

Mereka yang tidak mempunyai anak lelaki. Kerana sekiranya anda hanya mempunyai anak perempuan maka sebahagian besar harta peninggalan akan diberi kepada adik beradik suami. Hilanglah hak sebagai anak untuk menuntut peninggalan bapanya kelak. Lebih merungsingkan lagi ahli keluarga tersebut hanya mengambil harta untuk kepentingan diri sahaja tanpa mengendahkan anak perempuan tersebut. Sekiranya suami ingin hibahkan 100% hartanya kepada isteri maka pastikan hibah dibuat keatas semua harta. Caj yang dikenakan hanyalah 1% dari nilai kesuluruhan harta tidak termasuk upah peguam dan lain-lain.

​

Janganlah kita mengambil ringan terhadap hal tersebut, sabda Rasulullah SAW "Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana ia sebahagian dari ilmu dan juga mula-mula ilmu yang akan hilang dari umatku"

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page