Setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kehidupan dan risiko. Setiap pelanggan memerlukan pelan yang berbeza. Itulah asas perlindungan pintar.
​
Sesiapa sahaja anda, muda atau tua, apa sahaja yang anda lakukan, pesara atau ahli perniagaan, kami boleh menguruskan dan merancang risiko anda.
​
Zurich Takaful menawarkan portfolio penyelesaian yang inovatif yang merangkumi semua yang penting kepada anda - keluarga anda, pekerja anda, perniagaan dan aset anda.
Perkhidmatan Kami
Kami menyediakan perkhidmatan Takaful Am dan Takaful Keluarga
Ingin ketahui lebih lanjut?
Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.
​
Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.