top of page

Berita Takaful

Capture.PNG

December 6, 2020

Akaun dua KWSP boleh beli produk insurans diri, keluarga

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun dua untuk pembelian produk perlindungan insurans dan takaful hayat serta penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP.


Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS juga dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025 bagi menggalakkan simpanan hari tua.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan RM24 juta bagi caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso untuk manfaat 100,000 pekerja daripada beberapa kumpulan.

​

​

Live Scene News

Muhammad Amnan

Hibrahim

Captureaa.PNG

January 15, 2021

Kakak ipar cuba bolot Hibah RM300K

Meskipun hibah adalah salah 1 persediaan penting sebagai langkah berjaga-jaga andai berlaku apa-apa, masih ramai yang tidak cakna mengenai kepentingannya. Dalam tidak sedar, harta yang disediakan itu boleh menjadi bekalan untuk  si isteri meneruskan hidup bersama anak-anak selepas kematian suami. Namun jangan terkejut pula, tidak mustahil 'orang luar' pun akan memandai-mandai menuntut hak mereka walhal hibah tidak boleh dibahagikan mengikut hukum faraid.

​

Membaca semula sebuah kisah panjang yang diceritakan kembali oleh saudari ini, mungkin pengetahuan anda tentang hibah akan menjadi lebih terbuka. Ketika itu, terdapat seorang wanita datang mengadu mengenai adik iparnya yang memperolehi wang takaful sebanyak RM300 000 selepas kematian suami. Mungkin geram kerana tidak dapat merasa wang tersebut, dia kononnya gigih untuk memperjuangkan hak tuntutan.

​

Lebih mengejutkan, dia memberi alasan mahu menuntut hak tersebut kerana enggan adik iparnya lupa diri memandangkan sudah mendapat wang yang sangat banyak. Di hujung mesej tersebut, dia akhirnya sedar niat sebenar wanita terbabit, sekali gus memberikan tazkirah panjang sebagai pesanan kepadanya. 

​

​

​

Finance News

Kisah Dunia

Capture.PNG

Feb 1, 2021

Isteri terkontang kanting tanpa hibah lepas suami ajal, cucuk ATM tiada duit

Tidak sekadar memudahkan urusan pembahagian harta pusaka, malahan hibah amat penting untuk menjadi talian hayat kedua untuk meneruskan hidup. Khususnya buat suri rumah yang tidak menjana pendapatan sebelum ini, harta itulah bakal menyokong sebelah kaki sekiranya tiba-tiba kematian suami. Meskipun faedahnya sudah banyak dicanangkan, namun masih ramai yang tidak melakukan apa-apa sehinggalah berlaku sesuatu.

​

Mengambil pengajaran daripada Encik Azizul Ahmad anda mungkin akan membuka perspektif anda mengenai kepentingan hibah. Sewaktu pergi ke bank, dia menyaksikan situasi meruntun jiwa ketika seorang wanita dikatakan cuba mengeluarkan duit simpanan Allayarham suaminya yang ajal terlibat dalam nahas jalan raya. Namun hampa, apa yang diharapkan tiada malahan keluarga tersebut juga berdepan dengan isu tempat tinggal

​

Maka daripada kisah sebak berkenaan, dia menekankansemula tentang kesedaran orang ramai berkaitan isu ini. Seiring dengan perkembanganahli keluarga dan kudrat mencari rezeki, suami selaku ketua keluarga disarankan mengambil hibah yang boleh dibuat oleh isteri sekiranya suami tidak berminat.

​

​

​

Newspapers

KIsah Dunia

Capture.PNG

April 11, 2020

Insurans hayat, takaful keluarga terima 19,000 pertanyaan

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mencatatkan lebih 19,000 pertanyaan awam mengenai penangguhan bayaran premium/caruman selama tiga bulan yang diumumkan sebagai sebahagian inisiatif bantuan untuk menangani impak pandemik koronavirus (Covid-19).


Kedua-dua persatuan itu, menerusi kenyataan bersama hari ini berkata, 14 syarikat insurans hayat dan 11 pengendali takaful keluarga di seluruh negara menerima pertanyaan itu menerusi pusat panggilan, e-mel, portal pelanggan dan platform media sosial masing-masing.

​

Presiden LIAM, Loh Guat Lan berkata, daripada jumlah pertanyaan itu, lebih 13,000 permohonan penangguhan premium telah diterima dengan kira-kira 3,900 diluluskan.


Menurut LIAM dan MTA, mengikut langkah bantuan bagi pemegang polisi/sijil yang terjejas dari segi kewangan ekoran wabak COVID-19 termasuk yang tidak dapat memperoleh pendapatan, mereka mempunyai tempoh tangguh selama tiga bulan (atau 90 hari) bagi premium/caruman yang perlu dibayar.

​

“Dalam tempoh ini, syarikat insurans hayat dan takaful keluarga akan terus menyediakan perlindungan insurans dan takaful kepada pemegang polisi/pemegang sijil yang terjejas.

​

​

Live Scene News

BERNAMA

Capture66.PNG

November 23, 2020

Hadiah besar arwah suami

Port Dickson: "Pemergian suami secara mengejut akibat kemalangan ketika anak-anak sedang membesar bukan sesuatu yang mudah diterima," kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai, Ida, 42, di rumahnya, semalam.

​

Katanya, dia bagaimanapun menerima kejutan semalam apabila dikunjungi wakil syarikat insurans bagi menyerahkan sejumlah wang RM414,302 dianggap 'hadiah' dari arwah suaminya yang sudah tiada.

​

​

​

Correspondent

Mohd Khidir Zakaria

am@hmetro.com.my

Capture.PNG

January 18, 2021

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19

KUALA LUMPUR: Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19 khususnya di hospital swasta.

​

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama memberitahu secara amnya, risiko berkaitan pandemik tidak dilindungi di bawah mana-mana pelan insurans dan takaful di seluruh dunia.

​

"Pengecualian itu berpunca daripada kesukaran menetapkan harga untuk perlindungan berkaitan peristiwa seperti pandemik yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup termasuk impak dan kos yang tidak dapat diduga. COVID-19 adalah pandemik; oleh itu ia tidak diinsuranskan/dilindungi di bawah manfaat insurans/takaful perubatan serta kesihatan.

"Bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada keperluan segera negara semasa peringkat awal pandemik pada 2020, majoriti penginsurans hayat dan pengendali takaful telah menyediakan manfaat tambahan seperti pendapatan hospital harian yang akan dibayar kepada pemegang polisi/pemegang sijil yang terjejas," kata persatuan itu.

​

​

​

Finance News

BERNAMA

Captureff.PNG

Aug 10, 2020

Inovasi Perlindungan Takaful Ditagih

Pertimbangan keuntungan semata-mata daripada pihak PT tidak harus menjadi pertimbangan utama dalam penawaran apa jua bentuk skim perlindungan kepada golongan ini. Hasil tanaman yang dilindungi dengan skim perlindungan takaful yang khusus memungkinkan para usahawan tani lebih berdaya saing dan mampu mengambil risiko yang lebih besar bagi menghasilkan pelbagai tanaman yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat di negara ini. Dengan adanya sumber dan hasil pertanian yang mencukupi, pihak kerajaan tidak perlu mengimport hasil tanaman tersebut dan ini akan menguntungkan banyak pihak seperti membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping dapat mengawal kenaikan harga hasil tanaman di dalam negara apabila bekalan pertanian mengalami kekurangan.

​

Perkongsian risiko dan keuntungan inilah sebenarnya merupakan asas penting dalam akad muamalat dan kewangan Islam yang perlu diberi perhatian oleh PT dan semua pihak yang terlibat. Setakat pengetahuan penulis, belum ada lagi pelan khsusus dalam takaful yang memberikan perlindungan ke atas projek pertanian atau tanaman kepada usahawan tani di samping kurangnya pembiayaan Islam bagi membantu usahawan tani tersebut. Melalui penelitian penulis juga, pihak Agro Bank ada menawarkan pelan takaful kepada orang kurang upaya (OKU) dan kepada kelompok individu tertentu namun, bukannya kepada projek tanaman berkenaan.

​

​

Live Scene News

Prof Madya Dr Muhammad Ridhwan Ab Aziz

Capture554.PNG

December 17, 2020

Produk takaful masih belum dimanfaat sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Segmen insurans takaful masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dengan perbezaan ketara kadar penembusan yang kini sekitar 15.5 peratus berbanding insurans hayat konvensional antara 55 peratus hingga 60 peratus dalam kalangan penduduk negara ini.

​

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Bhd, Mukesh Dhawan, berkata jurang itu juga menunjukkan bahawa pasaran bagi takaful yang lazimnya meliputi segmen Bumiputera dan Muslim, tidak mendapat perhatian sewajarnya walaupun terdapat peluang besar dari segi prospek mengembangkan pasaran berkenaan.

​

Zurich misalnya pada masa ini menguasai 5.5 peratus bahagian pasaran di Malaysia menerusi tujuh pelan popularnya, kata beliau kepada Bernama.

​

​

​

Finance News

Berita Harian

Networking Event

Mac 12, 2019

Takaful urus risiko ikut prinsip syariah

Takaful, sistem berteraskan prinsip syariah menjamin prinsip 'ketelusan dan keadilan' demi memastikan semua pihak berurusan tidak tertindas. Prinsip utama dalam takaful ialah semua pihak menyertai kontrak dapat berasa manfaat dan tidak berasa sebarang keraguan atau rasa tertipu seperti membayar sesuatu dengan harga mahal, tetapi tidak mendapatnya atau barang hanya dijanjikan jika berlaku sesuatu musibah ke atas diri atau hartanya.

​

Ada yang menolak kepentingan pelan perlindungan takaful dan memandangnya remeh sedangkan jika dikaji lebih mendalam, ia dikira keperluan sangat penting untuk dimiliki. Ramai tidak memahami konsep takaful sering memandang urus niaganya sekadar perniagaan untung rugi antara syarikat dengan pelanggan. Ia perlu dimiliki kerana banyak faktor berkait kemaslahatan individu, keluarga dan masyarakat.

​

​Risiko ada di mana-mana dan bakal menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kita sentiasa berhadapan risiko sama ada di laut, udara atau darat seperti risiko kematian, kemalangan, penyakit kritikal serta kelumpuhan. Risiko penyakit dihidapi bayi dan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa, sekali gus anggaran kos perubatan jauh berbeza kerana semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko mendapat penyakit. Risiko datang tanpa dijangka bertepatan pepatah 'sedia payung sebelum hujan.'

​

​

Correspondent
Capture.PNG

Julai 31, 2020

85% tiada perlindungan takaful

KUALA LUMPUR: Kesedaran yang rendah terhadap kepentingan takaful di negara ini terbukti apabila kira-kira 85 peratus penduduk masih lagi tidak mempunyai perlindungan takaful atau insurans yang secukupnya ketika berlaku kecemasan.

 

Bagi menjamin kesejahteraan ketika berlaku sesuatu musibah, orang ramai sewajarnya memperuntukkan kira-kira 10 peratus daripada pendapatan boleh guna mereka setiap bulan untuk produk perlindungan seperti takaful.

​

Ia adalah bagi mengurangkan beban kewangan sekiranya berdepan musibah seperti kemalangan, banjir, kebakaran, penyakit kritikal dan kematian.

​

​

​

Live Scene News

Nabil Basaruddin

am@hmetro.com.my

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page