Takaful Hayat adalah pelan perlindungan takaful yang menyediakan pampasan kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya Keseluruhan dan kekal (HUKK) yang disebabkan oleh semulajadi dan kemalangan. Gabungan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang yang mempunyai tempoh perlindungan melebihi 1 tahun. Manfaat kewangan dan memberikan keuntungan pelaburan.
Takaful am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga. Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah. Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda. Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan