KELEBIHAN MELABUR
Kelebihan melabur dalam Takaful
​
Menjadikan pelaburan lebih selamat dan berpatutan
Ramai di antara kita tidak mempunyai wang dalam ribuan atau ratusan ribu untuk membuat pelaburan yang besar. Ini mungkin bagus juga kerana kurang kecenderungan untuk anda melaburkan wang anda dalam pasaran yang berisiko tinggi. Namun begitu, pulangan yang anda perolehi daripada simpanan dalam akaun bank adalah rendah ataupun tiada pulangan langsung. Satu cara pelaburan yang selamat, tetap dan berpatutan yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan melanggan pelan Takaful berkaitan pelaburan. Anda bukan sahaja boleh meraih pulangan pelaburan daripada bayaran sumbangan bulanan yang rendah tetapi juga mendapat perlindungan serta jaminan kewangan untuk diri anda dan orang tersayang.
​
Bagaimana pelaburan dalam Takaful berfungsi
Melabur dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan adalah mudah dan tidak memerlukan jumlah wang yang tinggi. Sama ada anda memilih untuk membuat sumbangan pada setiap bulan, setiap suku tahun, ataupun sekali setahun, bayaran sumbangan anda akan dibahagikan kepada tiga: 1) sebahagian jumlah akan dimasukkan ke dalam dana Tabarru`, 2) bayaran Wakalah atau fi pengendali Takaful, dan 3) selebihnya akan dimasukkan ke dalam dana berkaitan pelaburan patuh syariah pilihan anda.
​
Anda tidak boleh membuat pengeluaran daripada dana Tabarru`, kerana sumbangan dalam dana ini akan digunakan untuk membayar segala manfaat dan tuntutan, termasuk tuntutan bagi bil rawatan hospital serta hibah. Pelaburan anda boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini termasuk mengekalkan jumlah pengeluaran dan baki minimum dalam akaun pelaburan. Jumlah minimum ini bergantung pada jenis dana berkaitan pelaburan yang dipilih. Sudah tentu, jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dan lebih lama dana itu dilaburkan, lebih tinggi pulangan tunai yang dijanakan.
​
Kami menyediakan dana berkaitan pelaburan patuh syariah yang disertakan bersama sijil Takaful kami. Setiap satu mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza. Anda akan kekal mendapat perlindungan dan menerima manfaat daripada pelan Takaful anda tanpa mengira prestasi pelaburan anda.
​
Kami kongsikan ciri-ciri utama pelan Takaful berkaitan pelaburan untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik.
Dapatkan perlindungan pelan paling menyeluruh
Jika anda mahu mendapatkan manfaat sepenuhnya dari sijil Takaful anda, Pelan paling tepat untuk anda. Bukan sekadar pelan berkaitan pelaburan, ia juga menawarkan manfaat kematian dan hilang upaya kekal & menyeluruh; pembayaran balik untuk perbelanjaan medikal dan kemasukan hospital; perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, rawatan akibat kemalangan; dan perlindungan pendapatan akibat kemalangan. Juga memberikan pilihan penambahan rider untuk mendapatkan pelan yang lebih menyeluruh dan sesuai mengikut keperluan anda, serta tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun!
​
Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, jumlah pulangan yang diperoleh ver akan membantu anda membina wang simpanan untuk persaraan anda pada masa depan.
​