top of page

HIBAH

Apa itu hibah? Kenapa ia memudahkan pengurusan harta pusaka anda? 

​

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

​

“… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)

​

1. Rukun dan syarat dalam kontrak hibah

​

Terdapat empat rukun atau syarat yang perlu dipenuhi:

​

  • Pemberi hibah (Al-Wahib) 

Pemberi hibah adalah seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd. Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan itu dan berkuasa penuh ke atasnya.

​

  • Penerima hibah (Al-Mawhub Lahu)

Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf. Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

​

  • Harta yang dihibahkan (Al-Mawhub)

Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan.

​

  • Lafaz ijab dan kabul (Sighah)

Lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

1. Apa itu penghibahan rumah?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat.

​

Memandangkan rumah merupakan antara aset terpenting seseorang individu, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain?

​

2. Apa akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?

Sekiranya rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlakunya kematian. Terdapat cara pengiraan yang berbeza di dalam hukum faraid. Ia bergantung kepada senario dan bilangan waris.

​

Kami mengambil contoh sekiranya pemilik rumah merupakan suami yang mati. Maka pembahagian adalah seperti berikut:

​

  • Bapa (1/6 daripada rumah)

  • Ibu (1/6 daripada rumah)

  • Isteri (1/8 daripada rumah)

  • Anak-anak (baki rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 di antara anak-anak lelaki dan perempuan)

​

Jika berlaku perceraian, hak isteri ke atas rumah tidak terjamin kerana nama isteri tiada di dalam geran. Isteri boleh failkan tuntutan harta sepencarian untuk menuntut hak ke atas rumah dan harta yang lain. Perkongsian harta seperti rumah adalah merumitkan. Malahan, sekiranya si suami mati, rumah tidak akan menjadi milik isteri sepenuhnya. Oleh demikian, penghibahan merupakan jalan penyelesaian yang baik.

​

3. Bolehkan rumah yang masih bercagar dihibahkan?

Sekiranya rumah masih lagi berada dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap masih bercagar dan secara umumnya tidak boleh dihibahkan.

​

Bagaimanapun, Hibah Hartanah Bercagar atau Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) dapat dilakukan sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang tersebut dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman.

​

Dengan adanya pelan perlindungan seperti yang dinyatakan, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.

​

4. Perlukah rumah dihibahkan sekiranya sudah ada perlindungan insurans?

Ya, penghibahan masih perlu walaupun ada MRTA atau MRTT. Perlindungan ini hanya melangsaikan hutang rumah tersebut. Sekiranya tiada penghibahan rumah dilakukan, ia akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

​

5. Apa akan berlaku sekiranya rumah ada dua penama? 

Menurut Kanun Tanah Negara 1965, pemilikan rumah adalah mengikut nama yang tertera di dalam geran. Sekiranya rumah tersebut masih dalam tempoh pinjaman, pemilik adalah nama yang diletakkan dalam SPA (Perjanjian Jual Beli).

​

Jika terdapat pertikaian, pemilik sebenar adalah nama yang direkodkan oleh Pejabat Tanah. Ini boleh disahkan melalui carian sendiri atau rasmi. Sekiranya dua nama diletakkan dalam SPA, pemilikan rumah dibahagikan sama rata. Suami akan memiliki 50% rumah dan isteri juga 50%. Risiko di sini adalah apabila berlakunya kematian atau penceraian. Seperti yang dinyatakan di atas, rumah yang tidak dihibahkan akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Pasangan kepada si mati tidak akan menjadi pemilik rumah secara 100%.

​

6. Penghibahan rumah bersama

Sekiranya terdapat dua penama rumah, setiap pemilik hanya boleh menghibahkan bahagian sendiri sahaja. Sekiranya suami hendak menghibahkan bahagiannya kepada isteri, dan isteri hibahkan kepada suami, maka kedua-duanya perlu membuat dokumen hibah.

​

Penghibahan satu bahagian sahaja oleh seorang daripada pasangan juga boleh dilakukan. Tetapi langkah ini mendedahkan bahagian yang tidak dihibahkan kepada risiko yang sama yang dinyatakan sebelum ini.

​

7. Jalan terakhir sekiranya rumah tidak dihibahkan

Jika semua waris tidak mampu mencapai kata putus, maka jalan yang terakhir adalah menjual rumah tersebut. Jual rumah tersebut dengan harga yang setimpal dan bersesuaian dengan pasaran semasa. Memang perit sekiranya anda terperangkap dalam perebutan harta pusaka apatah lagi untuk melepaskan rumah yang menyimpan banyak memori indah. Tapi, ini boleh mengelakkan persengketaan yang berpanjangan dalam kalangan ahli keluarga dan ipar duai.

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page