top of page

KEPENTINGAN PERANCANGAN WANG

5 sebab mengapa perancangan kewangan dan perlindungan buat keluarga adalah penting

​

1. Memberi Perlindungan Buat Anda Dan Keluarga Apabila Berlaku Kemalangan

Sudah tentu kita tidak mengharapkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini seperti kemalangan atau ditimpa penyakit. Tidak kiralah samada ianya terjadi kepada anda atau ahli keluarga. Namun, malang memang tidak berbau, sekiranya berlaku kemalangan atau ahli keluarga anda menghidap penyakit, perancangan kewangan dan perlindungan yang baik pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.

​

2. Untuk Mendapatkan Kestabilan Kewangan

Jika perancangan kewangan dan perlindungan buat ahli keluarga dirancang dengan baik, pastinya kestabilan kewangan dalam institusi keluarga akan terjamin. Jadi, kebarangkalian untuk keluarga anda menghadapi masalah kewangan dapat dikurangkan.

​

3. Mampu Menampung Kos Penjagaan Kesihatan

Kerajaan telah memberi kemudahan seperti klinik kesihatan dengan caj berpatutan buat rakyat Malaysia. Namun, jika berlaku kecemasan, adakalanya pilihan yang terdekat ialah klinik swasta. Dengan merancang kewangan keluarga, kos penjagaan kesihatan keluarga bukan lagi satu beban yang membelenggu fikiran anda.

​

4. Menggalakkan Simpanan

Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk anda belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu disiplin bukan sahaja untuk diri sendiri, galakkan juga anak-anak menyimpan wang saku lebihan yang anda beri.

​

5. Pengurusan Risiko
Gunakan Pelan Takaful Untuk Mengurangkan Faktor Risiko Di Dalam Hidup Anda.

Pengurusan risiko bermaksud mengenalpasti pendedahan kerugian yang anda hadapi dan memilih teknik yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan tersebut. Dalam merancang kewangan dan perlindungan buat keluarga, anda boleh menggunakan pelan takaful untuk mengurangkan faktor risiko sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page