top of page

TIPS PLAN BAJET

Tips untuk membeli perlindungan Takaful dengan bajet 

​

1. Mengutamakan Perlindungan Takaful Mengikut Keperluan Kehidupan Anda

Ambil masa untuk menilai perkara yang perlu diberi keutamaan. Contohnya, jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah, adalah lebih baik memberi perlindungan Takaful untuk anak-anak termasuk perubatan dan simpanan. Ini kerana di samping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital, anda juga dapat menabung untuk masa depan mereka. Pilih perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan anda.

​

Ambil masa untuk menilai perkara yang perlu diberi keutamaan.

​

2. Memahami Dasar Perlindungan Takaful Yang Berbeza Dan Membeli Polisi Yang Sesuai Untuk Bajet Anda.

Membeli polisi yang lebih murah tidak bermakna polisi itu tidak mencukupi untuk melindungi diri daripada sebarang situasi yang tidak diingini seperti kemalangan, kecacatan dan kematian.

Oleh itu, cara terbaik untuk membeli perlindungan Takaful dan mendapatkan perlindungan maksima adalah dengan memahami dasar yang berbeza dan membeli mengikut bajet masing-masing.

​

3. Mengurangkan Perbelanjaan Kecil

Dalam merangka bajet untuk membeli perlindungan Takaful, adalah lebih baik sekiranya anda mengurangkan perbelanjaan kecil. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan makan di luar untuk memaksimakan bajet dan perbelanjaan harian untuk membolehkan anda menikmati perlindungan komprehensif. Dengan menyediakan makanan sendiri di rumah dan tidak berbelanja di luar, anda mampu mempunyai simpanan lebih untuk digunakan bagi hal-hal kecemasan atau menambah caruman perlindungan takaful.

​

4. Mengekalkan Kesihatan Bagi Mengurangkan Kos Perlindungan Takaful

Amalkan cara hidup yang sihat dengan menjaga kesihatan seperti tidak merokok dan mengurangkan pengambilan makananan bergula dan berlemak supaya anda sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang baik. Merokok mendedahkan anda kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti barah paru-paru, strok, dan lelah manakala diet yang tidak sihat akan meningkatkan berat badan dan ini juga mendedahkan anda kepada risiko kencing manis dan obesiti.

​

Tahap kesihatan yang kurang baik akan meningkatkan caruman memandangkan anda kini berdepan risiko kesihatan yang memerlukan perlindungan maksimum dan komprehensif. Seorang individu yang mempunyai kesihatan yang baik tidak perlu membayar caruman yang tinggi kerana risiko kesihatannya adalah rendah tetapi individu yang mempunyai masalah kencing manis perlu membayar caruman yang lebih tinggi kerana keadaannya yang sudah terdedah dengan masalah kesihatan.

​

Tahap kesihatan yang kurang baik akan meningkatkan caruman memandangkan anda kini berdepan risiko kesihatan yang memerlukan perlindungan maksimum dan komprehensif.

​

5. Menimbangkan Bajet Perlindungan Takaful Untuk Masa Depan

Malang tidak berbau, jadi adalah lebih baik untuk sentiasa memikirkan mengenai bajet perlindungan yang diperlukan untuk masa depan.

​

Perkara ini sangatlah penting terutama jika anda mengalami kemalangan atau hilang keupayaan untuk bekerja. Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini ini berlaku, polisi perlindungan Takaful yang diambil boleh membantu ketika berdepan kecemasan, malah ia memberi harapan untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang.

​

6. Perlindungan Untuk Semua

Hakikatnya setiap isi rumah serta individu mampu untuk memiliki perlindungan takaful sekiranya melakukan perancangan teliti dengan mengambil kira faktor pendapatan serta perbelanjaan bulanan secara berhemah. 

​

Kita sebagai pengguna hanya perlu tepuk dada dan tanya selera dalam memilih perlindungan dan perkhidmatan terbaik pada harga yang lebih kompetitif daripada syarikat Takaful dan insurans. Di dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, semuanya boleh dilakukan dengan teknologi sedia ada dan sekali gus menentukan kadar premium terbaik untuk anda.

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page