Z-DRIVER TAKAFUL
Di Zurich, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan dan menyediakan produk-produk dengan nilai tambahan yang memberikan fleksibiliti, praktikal dan mengikut kemampuan.
Berkuat kuasa dari 12 Julai 2018, anda boleh menikmati manfaat dan ciri yang dipertingkatkan seperti berikut:
-
Diskaun 60% dari kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas
-
Perlindungan lanjutan tanpa caj kepada pemandu-pemandu penama untuk kegunaan peribadi
-
Pengecualian Penambahbaikan - Perlindungan terhadap kenaikan kos alat ganti
-
Perlindungan Cermin Depan yang Dipertingkatkan
MANFAAT Z-DRIVER TAKAFUL
1. BAYAR CARUMAN YANG LEBIH RENDAH JIKA ANDA TERGOLONG DALAM SEGMEN YANG BERISIKO RENDAH
-
Nikmati diskaun sehingga 10% untuk caruman motor anda jika anda seorang pemandu yang berhemah. Sebagai contoh, jika anda seorang pemandu yang berhati-hati, pemandu wanita dan/atau memandu kenderaan jenis SUV.
2. DISKAUN SEHINGGA 20% DENGAN EKSES SUKARELA
-
Pilih had yang ditawarkan yang ingin dibayar sendiri sekiranya berlaku tuntutan untuk mendapatkan diskaun dari sumbangan motor anda
3. PERLINDUNGAN UNTUK KEROSAKAN AKIBAT BANJIR DENGAN HANYA SERENDAH RM10/SETAHUN
-
Dengan perlindungan ini, anda akan mendapat ganti rugi sehingga RM5,000 untuk menunda dan membersihkan kenderaan anda akibat banjir.
4. PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI SEHINGGA RM175K/KERETA, DENGAN HANYA SERENDAH RM15/SETAHUN
-
Bukan sahaja menlindungi anda, tetapi seluruh keluarga anda atau mana-mana penumpang lain di dalam kereta.
Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
5. PENGGUNAAN KERETA GANTI TANPA HAD
-
Nikmati penggunaan kereta ganti secara percuma selama tempoh yang anda perlukan, sekiranya berlaku kecurian atau kemalangan