TAKAFULINK SINGLE INVEST
Pelaburan yang anda lakukan adalah untuk memastikan ianya digunakan ke arah perkara yang berfaedah dan bijak. Jika ini yang anda mahukan, ya, Takafulink Single Invest adalah sesuatu yang pasti anda perlukan.
Sebagai pelan berkaitan pelaburan tunggal, Takafulink Single Invest sesuai untuk mereka yang mengutamakan perancangan kewangan jangka masa pertengahan hingga panjang. Pelan ini memberikan peluang untuk mengumpulkan wang anda sendiri bersama pelabur yang lain supaya semua peserta berpeluang menikmati hasil pengurusan dana daripada pengurus dana yang sangat berpengalaman. Pengurus dana kemudiannya akan melaburkan dana-dana tersebut dalam pelbagai portfolio berdasarkan objektif pelaburan yang anda pilih, supaya wang anda bukan sahaja dilaburkan dengan bersungguh-sungguh malah dilaburkan dengan bijak.
Dengan 9 dana yang berlainan untuk pilihan anda, pelan ini sangat fleksibel dan meyakinkan. Selain pengurus dana profesional yang menguruskan pelaburan anda, kami juga menawarkan rundingan perancangan kewangan melalui para konsultan kami di cawangancawangan Zurich Takaful. Menarik bukan? Masih banyak lagi kelebihan yang anda akan nikmati menerusi pelan ini!
Dengan pelan Takafulink Single Invest, anda boleh melabur dan mendapatkan Pelepasan Cukai. Ini suatu tawaran hebat! Jadi, ambil langkah bijak anda hari ini.
Pelan Takafulink Single Invest – laburkanlah wang anda dengan bija