TAKAFUL TERM 80
-
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
-
Kadar yang berpatutan dan 1caruman yang setara sehingga matang
-
Menyediakan perlindungan yang dijamin sehingga umur 80 tahun
-
Saluran pembayaran yang fleksibel ñ Tunai, Cek, Kad Kredit, Pembayaran Caruman Mudah, Auto Debit, Mesin ATM Zurich Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan Zurich Takaful dan Ibu Pejabat), BSN Giro, 2Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Perbankan Internet dan fasiliti ePembayaran
-
Menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga anda
-
Caruman yang dibayar akan diberi pelepasan cukai individu sehingga jumlah maksimum sebanyak RM6,000 setahun (bergantung kepada keputusan akhir dari Lembaga Hasil Dalam Negeri)
-
Perkongsian Lebihan ñ setiap Peserta layak untuk berkongsi Lebihan, jika ada dari Dana Risiko dengan Pengendali Takaful tertakluk kepada nisbah 50:50. Ianya tidak dijamin dan tertakluk kepada terma dan syarat
Note:
1 Caruman adalah dijangka setara sehingga matang dan ianya tidak dijamin. Pengendali Takaful mempunyai hak untuk menyemak kadar caruman dengan pemberitahuan 3 bulan notis.
2 Lebihan 2% Yuran Wakalah akan dikenakan bagi bayaran melalui Biro Angkasa.
MANFAAT TAKAFUL TERM 80
Takaful Term 80 menawarkan jaminan perlindungan untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 80 tahun. Tambahan pula, ianya tertumpu kepada perlindungan dan kadar sumbangan yang tetap sehingga matang. Ianya menawarkan faedah-faedah seperti berikut:
​
​
Manfaat Kematian
​
Sekiranya berlaku Kematian ke atas Peserta, 1Jumlah Dilindungi dan nilai 2Akaun Pelaburan Peserta (APP), akan dibayar kepada penerima manfaat Peserta.
​
Manfaat HUKK
Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami 3HUKK sebelum umur 70, 1Jumlah Dilindungi dan nilai 2APP, akan dibayar kepada Peserta.
​
Tempoh Perlindungan Yang Fleksibel
Ianya menawarkan tempoh perlindungan fleksibel dengan pilihan tempoh antara 5 tahun sehingga umur matang iaitu 80 tahun. Apabila pelan matang, nilai APP akan dibayar.
​
Manfaat Kematangan
Peserta akan menerima Manfaaat Kematangan yang bersamaan dengan jumlah nilai 2APP. Tiada manfaat yang akan dibayar daripada 4Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP).