top of page

TAKAFUL PROINVEST

Satu perkara yang sering diinginkan berkaitan perancangan buat diri adalah pertumbuhan. Dari membina kewangan anda sehingga meningkatkan tahap kesihatan anda, keadaan akan menjadi lebih bermakna dengan perancangan yang baik.

 

Dengan semangat inilah Takaful ProInvest direka – satu pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta mengoptimumkan jumlah pulangan anda. Yakinlah bahawa wang simpanan anda boleh menjana pulangan yang lebih tinggi dengan dana pelaburan patuh Syariah kami yang diurus profesional dengan matlamat untuk menawarkan keuntungan menarik dari dana tempatan dan asing.

 

Selain itu, Takaful ProInvest juga menawarkan perlindungan fleksibel serta komprehensif supaya anda boleh fokus dalam mencapai matlamat hidup tanpa kerisauan - sama ada bersara dengan selesa atau masa depan yang terjamin untuk keluarga anda.

MANFAAT TAKAFUL PROINVEST

Perlindungan Tinggi sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas

 

* Kadangkala apa yang berlaku adalah di luar kawalan kita, namun dengan Takaful ProInvest, yakinlah bahawa keluarga anda boleh dilindungi dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini:

​

Kematian: 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas + nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) akan dibayar Kematian

Kematian Akibat Kemalangan Balik Kampung: 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas + nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) akan dibayar

Kematian Akibat Kemalangan Di Luar Negara: 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas + nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) akan dibayar
 

​

Perlindungan Hilang Upaya sehingga Kematangan Sijil
Takaful ProInvest menyediakan manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun serta manfaat Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) yang memberi perlindungan hilang upaya tambahan sehingga umur 100 tahun. Sekiranya berlaku HUKK atau HUWE dan jika ia berterusan sekurang-kurangnya 6 bulan, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan nilai APP akan dibayar.

​

Hak Istimewa Penjagaan Keluarga
Takaful ProInvest memberikan perlindungan sehingga 4 pasangan dan/atau anak anda yang sah dengan jumlah perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas tanpa taja jamin perubatan, tertakluk kepada RM300,000 Jumlah Perlindungan Asas bagi setiap hayat.

​

Fleksibiliti yang Menepati Keperluan Anda
Anda mempunyai kebebasan untuk memilih tempoh perlindungan di antara 20 atau 30 tahun, atau sehingga umur 70, 80 atau 100 tahun. Tambahan pula, tempoh perlindungan anda akan disambung secara automatik sehingga umur 100 tahun tanpa taja jamin perubatan. Anda mungkin diperlukan untuk membuat caruman tambahan untuk penyambungan ini.

​

​

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page