top of page
TAKAFUL OPTIMUZ
Sebagai pemilik atau pengurus perniagaan, anda tidak mahu runsing tentang butiran terperinci sijil takaful. Anda pasti mahu menyerahkannya kepada seseorang yang boleh dipercayai.
​
Untuk itu, anda mempercayai Zurich Malaysia, kerana kami benar-benar mengutamakan pelanggan. Hanya maklumkan keperluan perniagaan anda dan kami akan uruskannya.
​
Takaful Optimuz dibina khusus dengan mengutamakan anda. Ia menjimatkan masa dan memudahkan anda dengan sebut harga dan sijil yang boleh dikeluarkan dengan serta merta.
​
Kami juga menjamin perkhidmatan yang cekap daripada ejen kami yang berdedikasi dan tindakbalas segera dari Pusat Pelanggan Zurich.
MANFAAT TAKAFUL OPTIMUZ
Takaful kebakaran
Lindungi perniagaan anda daripada lebur menjadi abu. Kebakaran tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh memusnahkan keseluruhan perniagaan anda.
​
Takaful kerugiaan akibat kebakaran
Menjamin kelangsungan perniagaan anda. Menjamin kelangsungan perniagaan anda. Kebakaran boleh mengakibatkan kerugiaan yang sukar dipulihkan, sama ada secara material mahupun kewangan.
​
Takaful peralatan risiko menyeluruh
Apabila peralatan tidak berfungsi, perniagaan juga terhenti. Perlindungan takaful untuk mesin-mesin industri dan peralatan komersial yang mengerakkan perniagaan anda adalah satu kemestian.
​
Takaful pecah masuk
Anda mangsa jenayah, kami ringankan bebannya. Pecah masuk dan kecurian boleh berlaku secara tidak dijangka. Jadi pastikan anda bersiap sedia.
​
Takaful wang
Wang datang dan pergi. Jangan biarkan ia hilang begitu sahaja. Anda bekerja keras untuk mengumpul wang dan anda pasti tidak mahu kehilangannya.
​
Takaful plat kaca
Lindungi perniagaan daripada retakan kaca. Premis perniagaan yang dikelilingi kaca memang tampak gah. Namum kos penggantiannya adalah tinggi.
​
Takaful jaminan kesetiaan
Kepercayaan anda harus dilindungi. Sijil ini melindungi anda dan tidak mengambil mudah tentang isu kejujuran.
​
Takaful liabiliti awam
Malang tidak berbau, tapi anda boleh bersedia. Sekiranya berlaku kemalangan di premis perniagaan anda yang menyebabkan kanak-kanak, pelanggan atau pengunjung tercedera, anda mungkin akan dipertanggungjawabkan
​
Takaful kemalangan diri pekerja utama
Lindungi pekerja utama. Dalam setiap organisasi, pasti ada beberapa individu yang dianggap tulang belakang kepada kejayaan perniagaan dan operasi harian.
bottom of page