top of page

TAKAFUL KEBAKARAN

Sijil takaful kebakaran ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap harta anda yang dilindungi, cth. bangunan dan kandungannya; yang disebabkan oleh kebakaran, kilat atau letupan peralatan domestik serta gas yang digunakan untuk tujuan domestik sahaja sepanjang tempoh perlindungan takaful.

​

Anda boleh melanjutkan manfaat sijil anda dengan menyumbang caruman tambahan bagi melindungi peril-peril berikut:

​

  • Kerosakan disebabkan oleh pesawat udara

  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi

  • Ribut, ribut kencang

  • Banjir

  • Letupan

  • Kerosakan hentaman

  • Pecahan atau limpahan peralatan tangki air atau paip

  • Kebakaran belukar / lalang

  • Tanah jerius dan tanah runtuh

  • Pembakaran spontan

  • Kebocoran pemercik air

  • Barangan dan stok yang menjalani proses pemanasan atau pengeringan

  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan berniat jahat

  • Kerosakan akibat pokok tumbang ataupun dahan pokok dan objek lain

​

​

  • Nota: Anda perlu memperbaharui sijil takaful kebakaran setiap tahun.

MANFAAT TAKAFUL KEBAKARAN

​

Perlindungan ini adalah berdasarkan kos mengembalikan harta yang rosak atau menggantikannya dengan harta yang sama sepertimana keadaan semasa kerugian berlaku

​

  • Untuk Harta Anda

    Kos semasa bagi membina semula bangunan kepada bentuk asalnya, tolak potongan yang sewajarnya bagi penambahbaikan.

    Penambahbaikan (betterment) adalah tambahan / perubahan kepada harta anda yang menyebabkan ia berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum kejadian kebakaran, sebagai cth. pengubahsuaian dapur dengan kabinet yang lebih mahal daripada kabinet asal.

​

​

  • Untuk Barangan Peribadi Anda

    Kos menggantikan item baru, tolak potongan susut nilai akibat haus dan lusuh. Barangan peribadi anda termasuk peralatan, perabot dan pakaian.

​

Semua Takaful di bawah Sijil ini melindungi

(a) ke atas mana-mana bangunan atau bahagian mana-mana bangunan,

(b) ke atas mana-mana harta yang terkandung di dalam mana-mana bangunan,

(c) ke atas sewa atau berkenaan subjek Takaful selainnya berhubung dengan atau yang berkaitan dengan mana-mana bangunan atau mana-mana harta yang terkandung di dalam mana-mana bangunan,

hendaklah terhenti dengan serta merta apabila runtuh atau berubahnya tempat:


(i) bangunan tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya,

(ii) keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana deretan bangunan atau mana-mana struktur yang membentuk bangunan tersebut.

DENGAN SYARAT bahawa runtuhnya atau berubahnya tempat itu merupakan keseluruhan atau merupakan sebahagian besar atau bahagian penting bangunan tersebut atau mengurangkan kebergunaan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau membiarkan bangunan tersebut atau mana-mana bahagian daripada bangunan tersebut atau mana-mana harta yang terkandung di dalamnya terdedah kepada risiko kebakaran yang meningkat atau yang selainnya adalah material.

DAN DENGAN SYARAT bahawa runtuhnya atau berubahnya tempat tersebut bukan disebabkan oleh kebakaran, kerugian atau kerosakan yang mana dilindungi oleh Sijil ini atau akan dilindungi jika bangunan tersebut, deretan bangunan atau strukturnya dilindungkan di bawah Sijil ini.

Dalam sebarang tindakan, guaman atau prosiding lain, beban membuktikan bahawa sebarang keruntuhan atau perubahan tempat adalah disebabkan oleh kebakaran seperti yang tersebut terdahulu hendaklah terletak ke atas Peserta.

 

Contact Us

Thanks for submitting!

Alamat 
​

      No 2 Kampung Lubuk Setol,

      Mukim Bohor,

      07000 Langkawi, Kedah.

      amgemilang01@gmail.com

Talian 
​

      014-797 8617 / 017-720 8795 

​

​

th (1).jpg
puspakom-306369-20190414121200_383911_20
PDRM_LOGO.webp
z-logo-circle.png

© 2018 by Amg Agency 

bottom of page