TAGPAC PLUS TAKAFUL
Produk ini ialah produk yang boleh diperbaharui setiap tahun yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kehilangan upaya atau kematian semasa masuk ke, dalam perjalanan atau keluar dari kenderaan yang disebabkan oleh peristiwa yang ganas, tidak sengaja, secara luaran dan ketara.
​
Produk ini tidak melindungi tuntutan yang disebabkan oleh kejadian yang berikut:
​
• Peperangan, Perang Saudara
• Keadaan Sedia Ada
• Bunuh Diri, Tidak Siuman
• Pembunuhan atau serangan
• Sebarang jenis perlumbaan selain daripada yang menggunakan kaki
• Radiasi, Nuklear
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak sijil untuk senarai penuh pengecualian yang terdapat di dalam produk
PERLINDUNGAN
1. Perlindungan Kecurian Ragut
​
Meliputi kerugian peribadi, kos penggantian dokumen-dokumen pengenalan, perbelanjaan perubatan dan elaun belas kasihan yang ditanggung akibat kecurian ragut atau percubaan kecurian ragut, sehingga dua (2) kejadian sepanjang tempoh perlindungan.
​
2. Rompakan ATM
​
Meliputi rompakan ATM atau cubaan rompakan dalam masa satu (1) jam dari tempoh pengeluaran wang tunai dari akaun anda yang mengakibatkan kehilangan wang tunai yang dikeluarkan, perbelanjaan perubatan dan elaun belas kasihan, tertakluk wang tunai yang dikeluarkan, perbelanjaan perubatan dan elaun belas kasihan, tertakluk kepada maksimum dua (2) kejadian sepanjang tempoh perlindungan. Laporan polis hedaklah dalam tempoh 24 jam.
​
3. Penjagaan Denggi
​
Pembayaran balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung apabila disahkan menghidap demam denggi sehingga had maksimum yang ditetapkan. Kelayakan manfaat ini hanya bermula tujug (7) hari selepas tarikh permulaan sijil.
​
4. Perlindungan Banjir
​
Pembayaran balik sehingga yang ditetapkan untuk perbelanjaan perubatan dan elaun belas kasihan yang ditanggung akibat banjir semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan yang dilindungi. Perlindungan ini meliput permbersihan bahagian dalam kenderaan(tidak termasuk enjin) berpunca daripada kerosakan akibat banjir.