TAKAFUL TERM 80
TAKAFUL PATINA2016
PATINA2016 adalah satu pelan Takaful Keluarga Kemalangan Diri Standalone yang direka khas untuk memenuhi keperluan perlindungan anda. Ia menyediakan manfaat perlindungan 24 jam untuk kematian akibat semua sebab dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Produk mampu milik ini dilengkapi dengan beberapa pelan untuk dipilih, bergantung kepada umur, jantina, dan kelas pekerjaan.
Dengan 20% Diskaun Loyalti*, PATINA2016 adalah satu pelan yang mesti dimiliki!
MANFAAT TAKAFUL PATINA2016
1. Manfaat Kematian - Semua Sebab
Ia dibayar sekiranya berlaku kematian akibat semua sebab dan Jumlah Dilindungi yang dibayar adalah bergantung kepada pelan yang dipilih.
​
2. Kematian Akibat Kemalangan & Hilang Anggota / Hilang Upaya
Ianya melindungi kematian atau kehilangan penggunaan fungsi badan yang menyeluruh yang mana tidak boleh pulih akibat kemalangan. Ia membayar dua kali ganda Jumlah Dilindungi sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan sekiranya Orang Yang Dilindungi adalah penumpang di dalam mana-mana kenderaan awam darat pacuan mekanikal di atas laluan darat yang biasa atau berada di dalam lif di dalam sebuah bangunan awam atau lif.
​
3. Bayaran Balik Perubatan (setiap tahun)
Ianya menyediakan pembayaran balik ke atas perbelanjaan perubatan yang ditanggung dan rawatan yang diterima dari pengamal perubatan yang berdaftar dalam tempoh 104 minggu selepas berlakunya kemalangan tersebut.
​
4. Pampasan Mingguan (setiap minggu, maksima 52 minggu, setiap kemalangan)
Ianya membayar pendapatan mingguan sepanjang tempoh Orang Yang Dilindungi tidak dapat bekerja kerana kehilangan upaya sementara akibat kemalangan.
​
5. Patah Tulang/Kelecuran (setiap tahun)
Ia memberikan perlindungan untuk mana-mana tulang yang patah atau kelecuran dalam tempoh 90 hari dari tarikh kemalangan.
​
6. Pendapatan Hospital Harian (setiap hari, maksima 120 hari setahun)
Ianya menyediakan manfaat tunai harian bagi kemasukan hospital sehingga maksima 120 hari setahun.
​
7. Bayaran Ambulans (setiap kemalangan)
Ianya membayar semula caj yang munasabah dan biasa diamalkan untuk perkhidmatan ambulans akibat kemalangan.
​
8. Rawatan Perubatan Alternatif (setiap kemalangan)
Ia membayar balik kos rawatan alternatif selepas kemasukan hospital termasuk ubat-ubatan yang ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi akibat kemalangan.
​
9. Diskaun Loyalti
Ia memberikan 20% Diskaun Loyalti keatas caruman tahunan pada tahun ke-3 Sijil dan seterusnya dengan syarat Sijil berkuatkuasa selama 2 tahun pertama berturut-turut.